Thank You. Thanks for visiting!
August 2004
September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005
|
Thursday, October 21, 2004
MSN Hotmail - Message
Petua Imam Syafie
4 PERKARA UNTUK SIHAT : Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. *Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Subject: Fw : Fw: Kebesaran Surah Al-Ikhlas Date: Mon, 20 Sep 2004 14:56:08 +0800 Anas Bin Malik ra berkata: "Sewaktu kami bersama-sama Rasulullah saw berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yang mana cahayanya belum pernah terlihat seperti itu sebelumnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah saw dengan kota Madinah ialah sebulan jalan. Maka pada suatu hari terbitlah matahari dalam keadaan redup, dan turun Malaikat Jibril as. Apabila melihat kedatangan Jibril as, maka Rasulullah saw pun bertanya: "Wahai Jibril, kenapa matahari hari ini terbit dalam keadaan redup? "Berkata malaikat Jibril as: "Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau banyaknya sayap para malaikat." Berkata Rasulullah saw: "Apakah halnya maka terjadi demikian?" Berkata Jibril as: "Inilah adalah kerana Muawiyah meninggal dunia di Madinah, Allah swt telah mengutuskan seramai 70,000 malaikat supaya membaca selawat untuk Mu'awiyah." Berkata Rasulullah saw: "Apa sebabnya?" Berkata Jibril as: "Ini adalah kerana Mu'awiyah itu selalu banyak membaca "Qul huwallaahu Ahad" di waktu malam, di waktu siang, sewaktu berjalan, sewaktu berdiri, sewaktu duduk, waktu pergi, waktu balik bahkan setiap keadaan." Berkata Jibril as lagi: "Ya Rasulullah saw, mahukah kamu aku menggenggam bumi ini supaya bumi ini membaca selawat untuk Mu'awiyah?" Bersabda Rasulullah saw: "Ya Jibril, teruskan." Setelah mendapat perintah dari Rasulullah saw maka Jibril as pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi pun sempit. Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah saw dapat melihat di belakangnya diiringi oleh malaikat yang berbaris-baris, setiap satu baris itu ada 70,000 para malaikat. Setelah itu Rasulullah saw pun mengerjakan solat untuk Mu'awiyah. Surah Al-Ikhlas memang banyak kelebihannya, sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kubur. Dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian shiratul mustaqim dan menuju ke syurga." |